Pengenalan
- Santun bermaksud halus (budi bahasa/budi pekerti), beradab, sopan
- Perkataan santun dikaitkan dengan gerak geri atau perilaku dan bahasa yang digunakan oleh seseorang dalam komunikasi
- dalam konteks masyarakat Malaysia, kesantunan amat penting diamalkan demi menjaga perpaduan yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat.
Takrifan Kesantunan
Pandangan Orang Melayu - Awang Sariyan(2007) mengatakan kesantunan didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
- Prinsip Kesantunan Leech
# Aspek simpati
# Aspek sokongan
# Aspek santun
# Aspek budiman
# Aspek persetujuan
# Aspek kerendahan hati
Pandangan Orang Barat - Fraser dan Holant (1981) menyatakan usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik.
Pandangan Agama
Agama Hindu - Manusia ditakrifkan sebagai makhluk berfikir menjadikan diri sendiri
- Manusia mempunyai akal fikiran untuk berkelakuan sebaik mungkin dan memberi manfaat kepada orang lain
- Menitikberatkan aspek kesantunan dalam diri dari segi tutur kata dan kelakuan
- Budaya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Buddayah yang bermaksud budi pekerti atau akal secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.
- Contohnya : budaya mencium kaki kedua ibu bapa pengantin untuk mendapatkan restu (upacara perkahwinan)
Agama Buddha - manusia terbahagi kepada 2 iaitu manusia sempurna dan manusia yang hodoh
- manusia sempurna dikatakan tidak mempunyai kesantunan apabila mereka angkuh dengan manusia yang hodoh
- Kesantunan sesama manusia amat penting untuk menjamin kesejahteraan bersama.
Agama Islam - " Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik."
- " Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji."
- " Barang sesiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah mereka berkata baik atau lebih baik diam."
Konsep Penjagaan Muka
- Masyarakat Cina - sangat penting terutama ketika upacara perkahwinan, kelahiran dan kematian
- ketiga-tiga upacara ini dijalankan sesempurna mungkin untuk mengelakkan daripada dijadikan buah mulut serta sebagai startegi penjagaan muka.
- Konsep penjagaan muka dalam masyarakat Cina ketika upacara perkahwinan amat penting.
- Masyarakat Melayu - Merujuk kepada penjagaan air muka
- Air muka bermaksud adab, maruah, ataupun harga diri yang perlu dijaga samada dalam komunikasi ataupun pergaulan.
- Air muka dijaga dengan mematuhi bahasa sapaan yang betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan