Gejala
Ponteng Sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah
laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap ponteng
apabila tidah hadir ke sekolah atau kelas tanpa sebarang sebab yang dibenarkan.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab
atau tugas tanpa kebenaran. Pelajar yang ponteng sekolah sering dikaitkan
dengan gejala sosial yang berlaku seperti vandalisme, pergaduhan dan kecurian.
Punca-Punca
Berlakunya Ponteng Sekolah
Punca pertama yang menyebabkan pelajar
ponteng sekolah ialah kerana kurangnya minat mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah. Dalam hal ini, cara pengajaran guru yang tidak
menarik mengakibatakan pelajar berasa bosan dan memilih untuk ponteng kelas. Akhbar
berita harian bertarikh 30 September 2013 melaporkan bahawa sikap guru yang
tidak disukai oleh pelajar menjadi punca mereka ponteng sekolah. Pemantauan ibu
bapa yang lemah juga mendorong pelajar untuk ponteng sekolah kerana pelajar
ingin meraih perhatian ibu bapa mereka.
Punca
kedua ialah tekanan ekonomi yang dihadapi oleh pelajar. Pelajar yang datang
dari keluarga yang susah beranggapan bahawa bekerja lebih baik daripada belajar
kerana mereka dapat meraih wang untuk keluarga tetapi mereka tidak menyedari
bahawa dengan pendidikan yang tinggi mereka dapat mengubah nasib keluarga
mereka dengan lebih efektif.
Kesan-Kesan daripada Ponteng Sekolah
Ponteng sekolah mendatangkan banyak
kesan terhadap individu, masyarakat dan negara. Kesan terhadap masyarakat ialah
masyarakat menjadi mundur kerana anggotanya yang kurang berpendidikan.
Masyarakat yang mundur akan dipandang rendah oleh orang luar dan tidak
dihormati. Kesan seterusnya ialah isu sosial meningkat dalam kalangan
masyarakat. Hal ini berlaku apabila pelajar yang ponteng sekolah terlibat
dengan kes kecurian, pecah rumah dan gangsterisme.
Ponteng sekolah turut mendatangkan
kesan terhadap negara seperti negara kekurangan tenaga kerja mahir. Rakyat yang
tidak berpendidikan tidak mempunyai
kemahiran yang tinggi serta tidak mampu memenuhi keperluan khidmat pakar dalam
negara. Hal ini memaksa pihak kerajaan mengupah tenaga kerja mahir yang menelan
lebih banyak belanja. Seterusnya, Malaysia akan dipandang serong oleh negara
lain kerana dianggap tidak serius dan kurang berpengetahuan.
Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Gejala
Ponteng Sekolah
Gejala ponteng sekolah boleh diatasi
sekiranya ibu bapa memberikan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak agar
mereka rasa disayangi dan dihargai. Langkah seterusnya ialah pihak sekolah
menggiatkan pemantauan terhadap kehadiran para pelajar dan mengenakan tindakan disiplin yang lebih tegas kepada pelajar yang memonteng. Ketidakhadiran pelajar
ke sekolah juga perlu diselidik demi mengelakkan pelajar ponteng sekolah.
Langkah lainnya ialah para guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menarik di sekolah contohnya mengadakan PdP di luar kelas setiap 2 minggu supaya pelajar tidak bosan dengan suasana di dalam kelas yang suram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan