BNK Ambilan Jun 2015

BNK Ambilan Jun 2015

Sabtu, 5 September 2015

KULIAH 1 : KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Pengertian Budi
    Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga 2002, budi dieertikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan. Kamus Dewan Edisi ke-4 pula mendefinisikan budi sebagai perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan dan watak.

Pengertian Bahasa

    Bahasa boleh diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka. Namun John Lyons (1994) mengatakan bahasa merupakan satu sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi vokal dan urutan bunyi-bunyi yang dipakai sewenang-wenangnya atau digunakan untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. 

Pengertian Budi Bahasa

     Budi bahasa yang merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.  

                       Kain batik sama sajinya,
                           Dalam sumbu tali bertali,
                       Orang baik budi bahasanya,
                           Diingat juga sampai mati.

                       Nanas dijual di pasar niaga,

                           Ramai orang datang membel,
                       Emas perak hiasan dunia,
                           Budi bahasa perhiasan diri.

Konsep Bahasa



  • Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pertuturan penduduk Malaysia
  • Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
  • Bahasa Melayu bertukar menjadi Bahasa Malaysia semasa kepimpinan Tun Abdul Razak ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1970-an
  • Tujuan utamanya ialah menimbulkan rasa bangga dan taat semua rakyat Malaysia selain menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 
Konsep Budi Bahasa
  • Amat penting untuk menjaga keharmonian hidup bermasyarakat.
  • Dapat melahirkan satu bangsa Malaysia yang budiman.
  • Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam komunikasi, ucapan, pertuturan, panggilan atau perlakuan dapat dipraktikkan dalam institusi keluarga.
  • Institusi kemasyarakatan berkait rapat dengan institusi pembelajaran dan institusi  perkhidmatan.
Ciri-Ciri Budi Bahasa
  • Bersopan santun
  • Bertimbang rasa
  • Tidak mementingkan diri
  • Ramah mesra
  • Bertolak ansur
  • Bertoleransi 
Contoh amalan yang menunjukkan budi bahasa semakin luntur
  • Memotong barisan di jalan raya
  • Membuang sampah sesuka hati
  • Pemanduan tidak bertimbang rasa di jalan raya
  • Merokok di kawasan larangan merokok
  • Bercakap kasar dengan orang ramai 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan